Pada 27 Jun 2011, Dr Kamal Shah telah berkunjung ke Nagari Tanjung Bonai dan Balai Tangah, Kecamatan Lintau Buo Utara, Kabupaten Tanah Datar, Sumatera Barat, Indonesia untuk menapak tilas (menjejak) Silat Lintau yang beliau pelajari pada tahun 1975 bersama almarhum Bpk Ahmad bin Rashid di Kuala Kangsar, Perak.
Pencarian dan penggalian sejarah Silat Lintau dan Pendekar Talib yang mengembangkan Silat Lintau di Padang Rengas dan Kuala Kangsar, Perak berakhir pada 8 Jun 2015 apabila Dr. Kamal menemui Mamak Mursal dari Tepi Selo, Lintau.
Dalam pertemuan singkat tersebut, Mamak Mursal telah mengesahkan semua langkah yang dibawa Dr. Kamal berasal dari Nagari Tepi Selo dan setelah bersilat bersama Mamak Mursal maka ternyatalah Silat Lintau yang dikembangkan di Padang Rengas itu adalah berasal muasal dari Tepi Selo, Lintau Buo Utara.
Pada 24hb Oktober 2016, Dr. Kamal bersama tiga orang anak muridnya telah mengunjungi Mamak Mursal dirumahnya di Tepi Selo dan menginap disana selama dua malam. Sepanjang berada di Tepi Selo, sejarah Pendekar Talib dibongkar dan pencerahan mengenai kaedah persilatan Silat Lintau telah diperturunkan oleh Mamak Mursal.
Setelah kedua pihak (Mamak Mursal dan Dr. Kamal Shah) berpuas hati maka, Mamak Mursal telah secara adat menerima dan mengangkat Dr. Kamal Shah sebagai PEWARIS SILAT LINTAU yang sah di Malaysia.
Berakhirlah kisah pencarian sejarah dan kebenaran Silat Lintau yang ditelusuri Dr Kamal Shah sejak 2011 dan kini Dr. Kamal Shah dengan segala senang hati bersedia untuk melebarkan Silat Lintau ini ke daerah2 lain di Kelantan dan di luar negeri Kelantan.
Semoga Silat Lintau terus bangkit di persada persilatan tanah air selepas ini.